comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Saya masih sayang Farah – Suspek tembak KLIA

Hafizul tiba jam 8.35 pagi dengan memakai baju lokap, dikawal ketat oleh polis. – FOTO: NSTP

KOTA BHARU: “Saya masih menyayangi isteri saya,” kata suspek lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang, pada 14 April lalu.

Lelaki berusia 38 tahun itu berkata demikian ketika dalam perjalanan masuk ke Mahkamah Majistret Kota Bharu.

Beliau berulang-kali memaklumkan menyayangi isterinya selain sempat memberi salam dan berterima kasih kepada pihak media.

“Assalamualaikum, Saya masih menyayangi isteri saya, Farah Md Isa, terima kasih,” katanya.

Terdahulu, Hafizul Hawari tiba di Mahkamah Majistret Kota Bharu, di sini, untuk permohonan sambung reman.

Suspek tiba dengan memakai baju lokap jam 8.35 pagi dengan dikawal ketat oleh polis.

Proses sambung reman terhadap Hafizul bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Media sebelum ini melaporkan, Hafizul ditahan reman selama seminggu bermula 16 April sehingga hari ini.

Loading...
Terkini