comscore
Tumpuan :
Kes

Tumpahan merkuri: mangsa alami kegatalan di bahagian muka dan tangan

Operasi pembersihan tumpahan merkuri tamat jam 12.40 tengahari tadi.

Oleh Kumaran Rajamoney

KULIM: 14 orang murid dan seorang guru wanita Sekolah Kebangsaan Seri Kulim, Taman Berlian dikejarkan ke Hospital Kulim selepas berlaku tumpahan merkuri di makmal sains sekitar jam 11 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kulim, Hamizul Azwan Hamdan dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan mengenai tumpahan itu sekitar jam 11.20 pagi.

“Makluman awal adalah kesemua pelajar Tahun 5 dan guru wanita itu mengalami kesan gatal pada bahagian muka dan tangan akibat terkena sisa merkuri itu.”

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) memberikan rawatan awal kepada mangsa dan membawa mangsa terkesan untuk mendapatkan rawatan di hospital,” katanya.

Pasukan bomba katanya menggerakkan kekuatan MERS 999, jentera K1-20 dan EMTS K2-09 Balai Bomba dan Penyelamat Kulim bersama 11 anggota.

Kerja pembersihan kawasan dijalankan PKO dan operasi tamat pada jam 12.40 tengahari.

Loading...
Terkini