comscore
Tumpuan :
Kes

Kuarters IPD Kota Setar terbakar

Oleh Kumaran Rajamoney

ALOR SETAR: Kuarters Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar mengalami kebakaran malam tadi, dan mengakibatkan kemusnahan pada 30 peratus struktur.

Jurucakap Bomba Kedah dalam satu kenyataan memaklumkan, kejadian berlaku sekitar jam 10 malam tadi, di Jalan Kolam Air di sini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kedah katanya menerima panggilan kecemasan kebakaran pada jam 10.08 malam dan menggerakkan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar.

Setibanya Pasukan Keluaran Operasi di lokasi, kebakaran di tingkat dua bangunan itu telah dipadamkan penghuni kuarters berdekatan.

Pasukan bomba kemudiannya memastikan kebakaran benar dipadam dan tamat sepenuhnya jam 10.59 malam.

Tiada mangsa yang dilaporkan tercedera dalam kejadian itu.

Loading...
Terkini