comscore
Tumpuan :
Luar Negara

[VIDEO] 8 maut dalam perhimpunan kempen politik India

ANDHRA PRADESH: Sekurang-kurangnya lapan maut susulan insiden rempuhan dalam perhimpunan kempen politik di India.

Puluhan mangsa turut cedera susulan kejadian itu.

Mangsa yang maut dipercayai akibat terjatuh ke dalam longkang ketika peserta perhimpunan berasak-asak.

Jelajah politik berkenaan dijadual menampilkan bekas Ketua Menteri dan Ketua Parti Telugu Desam, Nara Chandrababu Naidu.

Namun keadaan bertukar ganas apabila terdapat beberapa insiden pergaduhan hingga membawa kepada situasi seperti rempuhan.

Rentetan insiden, Parti Telugu Desam, TDP Naidu mengumumkan bantuan kewangan untuk keluarga mangsa yang terkorban.

Menurut setiausaha agung parti itu, mangsa yang cedera juga akan ditanggung kos perubatan mereka.

Loading...
Terkini