comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Ahli Parlimen Kosovo bergaduh, sidang ditangguh

FOTO: Reuters

PRISTINA: Sidang Parlimen di Kosovo bertukar kecoh ketika sesi penggubalan undang-undang yang dibentangkan Perdana Menteri, Albin Kurti.

Pembangkang yang bertentangan pendapat pada mulanya bertindak membaling objek ketika sesi berlangsung.

Kekecohan bertambah buruk selepas seorang ahli pembangkang menyimbah air ke arah Kurti dan timbalannya.

Tindakan itu menyebabkan keberangan ahli parlimen lain sehingga mencetuskan pergaduhan.

Adegan memalukan itu terpaksa deleraikan pihak polis selepas keadaan tidak terkawal.

Speaker, Glauk Konjufca menyifatkan pergaduhan itu mencemarkan reputasi parlimen dan menangguhkan sesi selama dua jam.

Loading...
Terkini