comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Angka korban gempa bumi Turkiye-Syria cecah 34,000 orang

Foto: AFP

ISTANBUL: Lebih 34,000 orang terbunuh dan puluhan ribu lagi cedera selepas gempa bumi berukuran 7.8 dan 7.5 magnitud melanda Turkiye dan Syria pada Isnin lalu.

Terbaharu, seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun berjaya diselamatkan selepas 147 jam di bawah runtuhan.

Kisah itu menjadi siri kisah kejayaan yang ‘mengerikan’ ketika penyelamat-penyelamat lain di Turkiye terus mencari mangsa yang terselamat.

Bagaimanapun, kumpulan mencari dan menyelamat Israel, United Hatzalah dikatakan terpaksa meninggalkan Turkiye selepas enam hari kerana mendakwa terdapat ancaman keselamatan yang ketara buat mereka.

Organisasi sukarelawan Syria, White Helmets sudah pun menghentikan usaha menyelamat di kawasan yang dikuasai pemberontak di barat laut Syria.

Mereka mendakwa, tiada lagi mangsa berpotensi untuk hidup di Syria selepas 109 jam.

Usaha bantuan di sana juga menjadi rumit berikutan perang saudara yang berlarutan sekian lama. – AGENSI

Loading...
Terkini