comscore
Tumpuan :
Luar Negara

AS beri amaran ancaman serangan kepada rakyatnya di Turkiye

ISTANBUL: Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Turkiye memberi amaran kepada rakyatnya di negara berkenaan, mungkin berlaku serangan di beberapa rumah ibadat termasuk gereja berikutan insiden tindakan biadab pembakaran al-Quran di Eropah, baru-baru ini.

Itu adalah amaran kedua yang dikeluarkan selepas empat hari insiden berkenaan berlaku.

Dalam amaran keselamatan itu, kedutaan AS berkata, berkemungkinan serangan balas oleh akan berlaku di kawasan yang selalu dikunjungi oleh orang Barat, terutamanya di kawasan Beyoglu, Galata, Taksim dan Istiklal.

Susulan itu, pihak berkuasa Turkiye mempergiat siasatan dan meletakkan pasukan keselamatan dalam keadaan siap siaga.

Jumaat lalu, beberapa kedutaan di Ankara termasuk AS, Jerman, Perancis dan Itali mengeluarkan amaran keselamatan berhubung kemungkinan serangan balas di rumah ibadat rentetan insiden yang berlaku secara berasingan di Sweden, Belanda dan Denmark yang membabitkan kitab suci umat Islam.

Sabtu lalu, Turkiye turut memberi amaran kepada rakyatnya yang berada di AS dan Eropah mengenai kemungkinan serangan Islamofobia, xenofobia dan perkauman akan berlaku di negara terbabit.

Loading...
Terkini