comscore
Tumpuan :
Sukan

Turkiye layak, diumum tuan rumah bersama Euro 2024

Pemain Turkiye meraikan kejayaan melayakkan diri ke pusingan akhir Euro 2024 selepas membenam Latvia 4-0 di Stadium Konya Metropolitan Municipality, Konya awal pagi tadi. – FOTO Reuters

KONYA, TURKIYE: Minggu bermakna buat pasukan bolasepak dan rakyat Turkiye.

Ini berikuan pengumuman mereka menjadi tuan rumah bersama Itali selepas memastikan layak ke pusingan akhir Euro 2024 dengan membelasah Latvia 4-0 awal pagi tadi.

Yunus Akgun membuka tirai jaringan pada minit ke-58 dan bekas penyerang Everton, Cenk Tosun menyumbat dua gol lewat (m-83 dan m-92) dengan jaringan Kerem Akturkoglu (m-87) melengkapkan kemenangan buat pendahulu Kumpulan D itu.

“Saya amat gembira kami mengesahkan kemaraan menerusi kemenangan malam ini,” kata jurulatih Turkiye, Vincenzo Montella kepada UEFA.com.

Dengan kemenangan ini, Turkiye unggul enam mata di depan Wales, yang merampas tangga kedua daripada Croatia. – AGENSI

Loading...
Terkini