comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Cuba selamatkan diri daripada dipatuk, kanak-kanak gigit ular tedung sampai mati

Foto hiasan

CHHATTISGARH: Berpantang maut sebelum ajal.

Itu kisah di sebuah perkampungan terpencil di Pandarpadh, wilayah Jashpur, India apabila seorang kanak-kanak lelaki berumur 8 tahun nyaris maut dipatuk ular tedung.

Bagaimanapun tindakan pantas kanak-kanak terbabit yang segera menggigit kembali ular berkenaan sehingga mati nyata menyelamatkannya dari menjadi mangsa haiwan reptilia itu.

Lebih memeranjatkan bahawa hasil pemeriksaan awal doktor mendapati ular terbabit hanya mematuknya tanpa sebarang bisa.

Jelas kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Deepak, dia hanya mahu melepaskan diri daripada dibelit ular berkenaan sebaik dipatuk lalu menggigitnya dua kali.

Menurut saintis kanan Pusat Pemantauan Zoologi India, Pratyush P.Mohapatra, kejadian sedemikian amatlah jarang berlaku dan gigitan Deepak merosakkan organ penting ular berkenaan sekaligus membolehkannya melepaskan diri.

Menurut kajian jurnal bebas eLife pada tahun 2020, 1.2 juta kematian yang direkodkan di India sejak lebih dua dekad adalah disebabkan oleh patukan ular. – BERNAMA

Loading...
Terkini