comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Hamas bebaskan 2 tebusan warga AS

FOTO Reuters

SEMENANJUNG GAZA: Kumpulan Hamas membebaskan dua rakyat Amerika pada Jumaat sekali gus membayangkan lebih ramai lagi tebusan akan dibebaskan.

Judith Tai Raanan dan anak perempuannya Natalie Shoshana Raanan antara kira-kira 200 orang yang diculik dalam serangan mengejut 7 Oktober di Israel dan mungkin lebih ramai lagi akan dibebaskan.

Dua beranak itu dilaporkan kembali ke Israel semalam, menurut kerajaan Israel.

Bagaimanapun. tiada butiran diberikan mengenai keadaan mereka tetapi Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden melahirkan rasa gembira dengan berita berkenaan.

Kumpulan Hamas berkata, mereka bekerjasama dengan Qatar dan Mesir untuk membebaskan tebusan orang awam.

“Berikutan pendekatan Qatar dan Mesir, Briged al-Qassam membebaskan dua warga Amerika atas sebab kemanusiaan,” katanya.

Ini kerana kesihatan ibu kepada Judith tidak mengizinkan selain Natalie akan meraikan majlis graduasi pengajian menengahnya.

Dua beranak itu ditemui di sempadan Gaza oleh wakil Israel dan dibawa ke pangkalan tentera di tengah Israel, tempat keluarga mereka menunggu.

Dilaporkan, ibu dan anak perempuan warga Amerika yang sedang bercuti itu diculik dari Nahal Oz berhampiran sempadan Israel-Gaza pada 7 Oktober lalu.

Seperti kebanyakan tebusan, keluarga Ranaan juga melancarkan kempen antarabangsa untuk mendesak usaha membawa mereka keluar dari Gaza. – AGENSI

Loading...
Terkini