comscore
Tumpuan :
Luar Negara

[VIDEO] Israel serang Masjid Al-Sunna ragut 50 nyawa penduduk Palestin

GAZA: Kekejaman Israel bagaikan tiada penghujung dengan serangan terbaharu ke atas sebuah masjid di tengah-tengah Gaza meragut 50 nyawa dan mengakibatkan puluhan yang lain cedera.

Serangan di wilayah turut menyasarkan sebuah sekolah Malaysia di Kem Pelarian Nuseirat dan beberapa kediaman di Kem Pelarian Jabaliya.

FOTO: Reuters

Pertempuran masuk hari ke-41 menyaksikan serangan udara tentera rejim ke atas dua pangsapuri dan sebuah stesen minyak mengakibatkan kematian penduduk

Turut jadi sasaran perkarangan hospital Indonesia di daerah Beit Lahiya dengan jumlah kematian dan kecederaan masih belum dapat dipastikan

Satu lagi serangan berasingan di Khan Younis menyasarkan menara telekomunikasi mengorbankan nyawa seorang kanak-kanak dan mengakibatkan puluhan yang lain cedera

Juga terdapat laporan serbuan tentera rejim di Tebing Barat awal pagi tadi.

Di Tulkaram, sekurang-kurangnya 7 penduduk Palestin maut dalam pertempuran dengan tentera rejim.

Serangan dron di wilayah sama turut meragut tiga nyawa penduduk Palestin. – AL JAZEERA / 4TV CHANNEL

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini