comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Jihad Islam Makin ‘Kuat Dan Lebih Stabil’ – Ziyad Al-Nakhala

Ketua Jihad Islam di Palestin, Ziyad al-Nakhala (kanan). FOTO : Tangkap layar Palestine Today

TEHRAN, Iran : Pemimpin Jihad Islam di Palestin berkata, kumpulan itu ‘kuat dan lebih stabil’ selepas gencatan senjata dengan Israel yang diisytiharkan semalam, berikutan tiga hari pertempuran.

Pada sidang akhbar di Tehran, ketua kumpulan itu, Ziyad al-Nakhala berkata, Israel sebenarnya bertujuan untuk memecah-belahkan kumpulan Jihad Islam, tetapi Jihad Islam tidak berpecah sambil menambah kumpulan itu kini menjadi lebih kuat.

Gencatan senjata itu diumumkan dalam kenyataan berasingan oleh Jihad Islam dan Israel.

FOTO : AFP

Palestin dan Israel dalam pada itu mengucapkan terima kasih kepada Mesir kerana menjadi pengantara kepada gencatan senjata itu.

Pertempuran tiga hari itu telah meragut 44 nyawa rakyat Palestin, iaitu hampir separuh daripadanya adalah orang awam termasuk kanak-kanak.

Israel melancarkan serangan pada Jumaat (5 Ogos) lalu, susulan serangan balas oleh Jihad Islam berikutan penahanan seorang ketua kumpulan itu, Bassam al-Saadi, di Tebing Barat.

FOTO : AFP

Sebagai tindak balas serangan Israel, Jihad Islam melepaskan ratusan roket ke arah Israel.

Roket pejuang Jihad Islam dikatakan telah mengancam sebahagian besar kawasan selatan Israel.

Loading...
Terkini