comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Loji Nuklear Terbesar Di Eropah Terbakar Diserang Rusia

Rakaman kamera pengawasan menunjukkan suar mendarat di loji janakuasa nuklear Zaporizhzhia ketika serangan di Enerhodar, Wilayah Zaporizhia. – Foto REUTERS

Loji tenaga nuklear Zaporizhzhia milik Ukraine, kemudahan seumpamanya yang terbesar di Eropah mengalami kebakaran semalam selepas serangan yang dilancarkan Rusia.

Menurut kenyataan Datuk Bandar Energodar, Dmytro Orlov, dalam hantaran yang dimuat naik di dalam talian berkata, pertempuran sengit antara tentera tempatan dan tentera Rusia telah menambah angka korban.

Bagaimanapun, tiada butiran terperinci diberikan.

Memasuki hari kesembilan, pencerobohan Rusia di Ukraine, pihak berkuasa Ukraine berkata, tentera Rusia telah mempertingkat usaha untuk mengambil alih loji nuklear itu dan memasuki bandar berkenaan dengan kereta kebal.

Loading...
Terkini