comscore
Tumpuan :
Luar Negara

[VIDEO] Meta didenda AS$414 juta jejak aktiviti pengguna Facebook dan Instagram

 

DUBLIN: Ibu syarikat Facebook, Meta didenda AS$414 juta oleh pengawal selia data Ireland atas kesalahan menjejaki aktiviti pengguna Facebook dan Instagram untuk tujuan pengiklanan.

Denda itu menjadikan jumlah keseluruhan penalti buat Meta sebanyak AS$1.3 bilion dalam masa setahun.

Suruhanjaya Perlindungan Data (DPC) yang berpengkalan di Dublin itu mengumumkan Meta didenda sebanyak AS$222.5 juta untuk pelanggaran berkaitan Facebook dan AS$191 juta pelanggaran berkaitan Instagram.

FOTO: AFP

Satu lagi siasatan berkaitan platform digital milik Meta iaitu Whatsapp juga kini sedang berjalan.

Hasil siasatan DPC mendapati Facebook dan Instagram mengumpulkan data sejarah penggunaan laman sesawang seseorang pengguna untuk padanan iklan yang bersesuaian.

Akta perlindungan data menegaskan seseorang pengguna perlu ditanya terlebih dahulu samada mereka membenarkan penggunaan maklumat peribadi untuk tujuan pengiklanan.

Loading...
Terkini