comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Parti Move Forward dan sekutu tanda tangan MoU kerjasama

FOTO: Reuters

BANGKOK: Gabungan progresif Thailand diterajui Parti Move Forward menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi mengesahkan persetujuan membentuk kerjasama menerusi 23 agenda sebaik kerajaan gabungan itu dibentuk.

Parti Move Forward dan tujuh parti lain – Parti Pheu Thai, Parti Thai Sang Thai, Parti Prachachart, Parti Seree Ruam Thai, Parti Pheu Thai Ruam Palang, Parti FAIR dan Parti Plung Sungkom Mai dengan gabungan 313 kerusi menandatangani MoU 23 perkara termasuk bekerjasama ke arah reformasi demokrasi dan memulihkan ekonomi.

FOTO: Reuters

Bagaimanapun, MoU itu tidak menyebut tentang meminda undang-undang lese majeste yang dikenali sebagai artikel 112 kanun jenayah, seperti disuarakan oleh Parti Move Forward.

MoU itu dikongsi kepada rakyat sekaligus menandakan pemulaan baharu selepas sembilan tahun sejak tentera merampas kuasa daripada Yingluck Shinawatra pada 2014.

FOTO: Reuters

Pemimpin parti Move Forward dan calon Perdana Menteri, Pita Limjaroenrat menandatangani MoU itu dengan tujuh wakil parti lain.

Semua pihak bersetuju untuk bekerjasama dalam memulihkan demokrasi termasuk menyegerakan penggubalan perlembagaan baharu, meluluskan Akta Kesaksamaan Perkahwinan dan menyenarai semula kanabis dalam senarai narkotiknya.

Selain itu, gabungan itu akan menghapuskan monopoli dan menggalakkan persaingan yang adil dalam semua industri, seperti minuman beralkohol, membawa pembaharuan dalam perkhidmatan awam, polis, tentera, dan proses keadilan, bekerjasama dalam proses membina keamanan yang mampan di wilayah sempadan selatan, memerangi rasuah dan dadah.

FOTO: Reuters

Gabungan itu juga bersetuju untuk memperbaharui sistem pendidikan, memupuk kerjasama dan mekanisme domestik dan antarabangsa bagi menangani isu pencemaran dan melaksanakan inisiatif dasar luar untuk memulihkan peranan kepimpinan Thailand dalam ASEAN.

MoU itu menyatakan bahawa semua pihak hendaklah melindungi hak rakyat dan kebebasan sivil mereka serta bekerja dengan jujur dan berintegriti.

Loading...
Terkini