comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Rasmus Paludan cetus provokasi lagi, bakar 2 naskhah Al-Quran di Denmark pula

Rasmus Paludan bertindak membakar Al-Quran di hadapan kedutaan Turkiye.

COPENHAGEN: Beberapa hari selepas mencetuskan kemarahan umat Islam seluruh dunia susulan tindakan membakar Al-Quran di hadapan Kedutaan Turkiye di Sweden,

Ahli politik sayap kanan Sweden-Denmark, Rasmus Paludan sekali lagi melakukan provokasi Islamofobia apabila membakar dua lagi naskhah Al-Quran di dua lokasi berasingan di Denmark.

Paludan mula membakar Al-Quran pertama sewaktu umat islam sedang mengerjakan solat Jumaat di sebuah masjid di daerah Dortheavej, Copenhagen.

Jemaah berhampiran yang menyaksikan kejadian cuba menghalang tindakan pelampau itu namun dihalang oleh pihak berkuasa tempatan.

Kejadian kedua pula berlaku beberapa jam selepas itu di hadapan Kedutaan Turkiye di Denmark.

Sejak beberapa hari lalu, tindakan Islamofobia semakin berleluasa di Eropah sekali gus mencetuskan kemarahan dan tunjuk perasaan babitkan umat Islam di seluruh dunia. – REUTERS

Loading...
Terkini