comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Rejim Zionis bedil masjid di Tebing Barat

Penduduk memeriksa kesan kemusnahan di bahagian bawah tanah Masjid al-Ansar. – FOTO Reuters

RAMALLAH: Israel terus bermaharajalela dengan melancarkan serangan menyasarkan sebuah masjid di Tebing Barat sehingga meragut sekurang-kurangnya satu nyawa manakala tiga lagi cedera, pada awal pagi Ahad.

Rejim Zionis dalam satu kenyataan memberi alasan Masjid al-Ansar itu diserang kerana kononnya digunakan kumpulan pejuang Palestin.

“Maklumat risikan yang diterima mengesahkan ‘pengganas’ yang terlibat mengatur serangan sejak beberapa bulan lalu terbunuh dalam operasi itu,” jelas Pasukan Pertahanan Israel (IDF) dalam satu kenyataan.

FOTO Reuters

IDF turut mengeluarkan imej menunjukkan pintu masuk ke bahagian kubu bawah tanah masjid berkenaan selain gambar rajah memaparkan tempat simpanan senjata.

Sementara itu, rakaman yang menjadi tular di media sosial menunjukkan masjid berkenaan mengalami kemusnahan teruk akibat dibedil.

Pengarah Pasukan Palang Merah di Jenin, Mahmoud al-Saadi memberitahu beberapa ambulans turut dikejarkan ke lokasi kejadian.

Difahamkan, ia adalah serangan udara kedua menggegarkan Tebing Barat sejak konflik Hamas-rejim Zionis semakin meningkat. – AGENSI

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini