comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Remaja 13 tahun tembak mati 8 kanak-kanak & pengawal keselamatan.

FOTO: Reuters

BELGRADE: Sekurang-kurangnya lapan kanak-kanak yang juga pelajar dan pengawal keselamatan di sebuah sekolah Belgrade, Serbia terbunuh ditembak seorang remaja lelaki.

Insiden sejurus waktu persekolahan bermula itu turut menyebabkan beberapa mangsa lagi cedera.

Mangsa yang maut terdiri daripada tujuh kanak-kanak perempuan, seorang kanak-kanak lelaki dan seorang pengawal keselamatan.

FOTO: Reuters

Seorang kanak-kanak perempuan yang terbunuh adalah warga Perancis.

Sementara itu, mangsa lain yang cedera termasuk enam kanak-kanak dan seorang guru telah dibawa ke hospital untuk rawatan.

Suspek remaja lelaki berusia 13 tahun yang juga pelajar di sekolah berkenaan didakwa telah merancang serangan itu beberapa minggu lalu.

FOTO: Reuters

Ia apabila polis menemui senarai sasaran bunuh pada lakaran sekeping kertas oleh suspek.

Menurut media CNN, sebaik selesai melakukan tembakan itu berlaku, remaja berkenaan juga telah menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian berkenaan.

Motif sebenar serangan masih dalam siasatan.

Loading...
Terkini