comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Ronaldo sujud syukur selepas skor gol

FOTO: Reuters

RIYADH: Cristiano Ronaldo dilihat melakukan sujud syukur setelah berjaya menyumbat gol seperti yang kebiasaannya dilakukan pemain bola sepak Islam yang lain.

Sewaktu pertembungan menentang Al Shabab, sorakan peminat bergemuruh di Stadium KSU sebaik melihat Ronaldo melakukan aksi itu.

Ronaldo menyumbang gol ketiga buat Al Nassr pada minit ke-59.

Rakan sepasukan Anderson Talisca dan Abdurrahman Garib masing-masing sebelum itu terlebih dahulu menyumbat gol awal buat Al Nassr.

Sementara buat Al Shabab pula, Cristian Guanca berjaya menyumbat dua gol buat pasukannya.

Keputusan berakhir memihak kepada Al Nassr 3 – 2 Al Shabab.

Loading...
Terkini