comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Sekurang-kurangnya 85 atlet Palestin maut dalam serangan Israel di Gaza, Tebing Barat

FOTO REUTERS

ISTANBUL: Sekurang-kurangnya 85 atlet Palestin terbunuh dalam serangan tentera penceroboh Israel di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat antara 7 Okt dan 6 Dis.

Menurut laporan Persatuan Bola Sepak Palestin yang disiarkan pada Khamis, kehilangan itu memberi impak yang amat mendalam terhadap komuniti sukan, lapor Agensi Anadolu.

Mangsa terdiri daripada 55 pemain bola sepak dan 30 atlet dalam pelbagai sukan lain.

Menurut laporan itu, tentera penceroboh Israel turut menyasarkan atlet dan kemudahan sukan Palestin, terutama pemain bola sepak, presiden kelab, pentadbir dan pengadil.

Sebanyak sembilan kemudahan sukan, empat di Tebing Barat dan lima di Semenanjung Gaza musnah akibat serangan itu.

Selain itu, tiga atlet di Tebing Barat turut ditahan dan empat lagi atlet dilaporkan cedera. – BERNAMA-AGENSI ANADOLU

Loading...
Terkini