comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Tanah runtuh ragut 5 nyawa, 100 masih hilang

FOTO: Reuters

INDIA: Sekurang-kurangnya lima terbunuh dan ramai lagi dikhuatiri tertimbus tanah runtuh di kampung kawasan pergunungan Maharashtra, barat India setelah hujan lebat melanda wilayah itu.

Tanah runtuh berlaku pada waktu tengah malam di kawasan dusun, Irshalwadi, 60km dari Mumbai.

Dilaporkan 48 keluarga tinggal di situ dengan 75 orang kini dipindahkan ke lokasi selamat.

Laporan awal memaklumkan sekitar 100 mangsa terperangkap di bawah runtuhan.

Rentetan itu, kerajaan mengerah anggota keselamatan bagi misi mencari mangsa yang masih hilang.

Masalah utama di beberapa lokasi adalah runtuhan dilaporkan pada kedalaman 20-30 kaki dan perlu dialihkan secara manual.

Hujan lebat berterusan ini memaksa sekolah dan kolej ditutup, jalanraya tidak dapat dilalui akibat ditenggelami air dan jadual perjalanan kereta api turut tergendala.

Beberapa daerah di Mumbai merekodkan 10mm tadahan hujan dan ramalan mendapati hujan lebih lebat dijangka dalam tempoh 24 jam akan datang.

Loading...
Terkini