comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Pukul pemandu wanita, abang Sado dipenjara 7 hari 

TAPAH: Mahkamah Majistret Tapah, di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman tujuh hari penjara terhadap ‘Abang Sado baju merah’ yang mengasari pemandu wanita di Lata Iskandar, Isnin lalu.

Tertuduh, Mohammad Zaim Faiz Tarmizi, 29, mengaku bersalah terhadap dua tuduhan kecederaan dan mengugut seorang pemandu wanita dalam insiden yang tular di media sosial.

Tertuduh didapati menakutkan secara jenayah terhadap Amiera Atiqah Shahrizan, 24, bertempat di Lata Iskandar KM 22 Jalan Tapah – Cameron Highlands pada jam 5.33 petang 5 Jun lalu, dengan kata ugutan ‘pecah muka kau sat lagi’.

Foto : NSTP
Loading...
Terkini