comscore
Tumpuan :
Mahkamah

3 sekawan didakwa samun bersenjata

Tiga sekawan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas tiga pertuduhan samun bersenjata. – FOTO: NSTP

JOHOR BAHRU: Tiga sekawan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru, di sini hari ini atas tiga pertuduhan samun bersenjata pada Jun lalu.

Tertuduh Mohamad Syafiq Azman, 25, mengaku bersalah, namun dua lagi tertuduh, Jepri Misyadi, 37, dan Christoper Mon Lopez@ Mohd Danial Abdullah, 35, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim V M Mabel Sheela.

Mengikut kertas pertuduhan, ketiga-tiga tertuduh bersama tiga lagi rakan yang masih bebas melakukan rompakan berkumpulan terhadap tiga mangsa berbeza, dengan bersenjatakan sebilah parang yang boleh mendatangkan kematian.

Tertuduh melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Jalan Haji Salim, Kampung Simpang Kiri Kukup, Pontian, kira-kira jam 6.40 pagi pada 16 Jun lalu.

Ketiga-tiga tertuduh didakwa mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, S Thiviya, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah membenarkan ketiga-tiga tertuduh diikat jamin RM8,000 setiap seorang dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan, selain perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Mahkamah turut menetapkan 11 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan lantikan peguam.

Loading...
Terkini