comscore
Tumpuan :
Mahkamah

[VIDEO] Warga Indonesia didakwa bunuh majikan

MELAKA: Pekerja ladang warga Indonesia didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas pertuduhan membunuh majikannya di sebuah ladang kelapa sawit di Paya Rumput Jaya, di sini, bulan lalu.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Rudiansyah, 25, sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Khairunnisak Hassni.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menyebabkan kematian Nordin Ong Abdullah, 71, di rumah kebun, ladang kelapa sawit, Lorong Sidang Hj Hamid, Paya Rumput Jaya, Sungai Udang.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan maksimum 40 tahun dengan minimum 12 sebatan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan antara 22 hingga 27 Disember lalu kira-kira jam 10.30 pagi hingga 1.20 pagi.

Majistret kemudian menetapkan tarikh bagi sebutan semula, pengurusan kes, penyerahan laporan kimia dan bedah siasat pada 19 Februari depan.

Loading...
Terkini