comscore
Tumpuan :
Mahkamah

[VIDEO] Ahli perniagaan kontroversi direman 2 hari bantu siasatan kes tipu

Oleh : Zahir Senapiah.

JOHOR BAHRU : Mahkamah Majistret Johor Bahru membenarkan permohonan reman dua hari terhadap seorang ahli perniagaan yang sebelum ini pernah ditahan kerana gagal melaporkan kes memberi suapan di Puchong, Selangor.

Permohonan itu dikeluarkan Majistret Puan Suhaila Shafiudin selepas dipohon Polis Iskandar Puteri.

Suspek ditahan semalam di Ibu pejabat Polis Iskandar Puteri bagi membantu siasatan kes penipuan mengikut akta 420 Kanun Kesiksaan.

8 Mac lalu, suspek didenda 10 ribu ringgit oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan tidak melaporkan kes meminta suapan kepada pihak berkuasa, tiga tahun lalu.

Hukuman itu dijatuhkan Hakim Rozilah Salleh selepas suspek mengaku bersalah terhadap pertuduhan berkenaan.

Loading...
Terkini