comscore
Tumpuan :
Mahkamah

[VIDEO] Aliff Aziz, Bella Astillah bercerai 

KUALA LUMPUR: Pasangan artis kontroversi, Aliff Aziz, 33, Bella Astillah, 30, bercerai dengan talak satu.

Aliff melafazkan cerai talak satu pada jam 1.11 tengah hari di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.

@buletintv3Pasangan artis, Aliff Aziz, 33, Bella Astillah, 30, bercerai dengan talak satu. Aliff melafazkan cerai talak satu pada jam 1.11 tengah hari di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada Khamis. #BuletinTV3 #BeritaDiTiktok #BellaAliffcerai

♬ News, news, seriousness, tension(1077866) – Lyrebirds music

Hakim Syarie Wan Mohd Najib merekodkan perpisahan pasangan ini selepas penyanyi kelahiran Singapura itu melafazkan talak mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.

Mahkamah kemudian mensabitkan berlaku perceraian dan memerintahkan Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabella Awang Astillah menjalani tempoh idah selama tiga kali suci selain mendaftarkan perceraian.

Bella sebelum ini memfailkan cerai ekspres daripada suaminya itu kerana tiada persefahaman dan ‘mawaddah’ (cinta dan kasih sayang), mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 pada 11 Mac lalu.

Bagaimanapun Aliff yang sepatutnya hadir pada sebutan kali pertama kes perceraian mereka pada 13 Mac lalu, tidak hadir kerana urusan kerja selain terbabit dengan penggambaran.

Pada sebutan kedua perceraian mereka, Aliff enggan melafazkan cerai dan mahkamah Hakim Syarie Wan Mohd Najib bersetuju untuk kedua-duanya melantik wakil untuk proses JKP.

Aliff mendirikan rumah tangga dengan Bella pada 9 September 2016, namun pernah bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh idah.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Terdahulu pada 9 Mac lalu, dunia hiburan kecoh apabila Aliff dan pelakon Ruhainies ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini