comscore
Tumpuan :
Mahkamah

[VIDEO] Azlan Man tiba di Mahkamah

Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man

KANGAR: Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man tiba di Mahkamah Sesyen di sini, jam 8.45 pagi dan akan didakwa atas pertuduhan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Semalam SPRM menghantar nota jemputan kepada media untuk membuat liputan membabitkan tuduhan terhadap seorang bekas Menteri Besar.

Menurut sistem e-Filing Mahkamah Persekutuan Malaysia, Azlan akan berdepan tuduhan itu di hadapan Hakim Norsalha Hamzah.

Azlan, 60-an, menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pauh pada 2013 hingga 2018, sebelum memenangi kerusi DUN Bintong dari 2018 hingga tahun lalu dan kemudian tewas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

Azlan ialah Menteri Besar Perlis dari 2013 ke 2022.

Loading...
Terkini