comscore
Tumpuan :
Mahkamah

[VIDEO] Bekas DJ Ismahalil bebas, terlepas hukuman mati

 

KUALA LUMPUR : Bekas penyampai radio, Ismahalil Hamzah terlepas hukuman mati selepas Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi membebaskannya daripada tuduhan mengedar dadah jenis kanabis anggaran berat 374.6 gram, dua tahun lalu.

Artikel berkaitan ; Ismahalil bebas atau bela diri diketahui 27 Februari ini

Artikel berkaitan : Edar Kanabis: Ismahalil diarah bela diri

Hakim, Datuk Muhammad Jamil Hussin memutuskan demikian selepas Ismahalil, 50, berjaya menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

 

Sebaik mendengar keputusan hakim, Ismahalil yang memakai baju T dan berkopiah putih, terjatuh ke bawah kerusi di kandang tertuduh.

Pengasas ‘Bapakku FM’ itu turut kelihatan menangis dan membuat sujud syukur .

Muhammad Jamil dalam penghakiman berkata, mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan dadah dalam beg itu milik tertuduh.

Mahkamah berpendapat, pihak pendakwaan juga gagal membuktikan  dadah itu dalam kawalan serta milikan Ismahalil kerana bilik berkenaan turut boleh diakses oleh orang lain termasuk krew stesen radio itu.

“Keterangan menunjukkan bukan tertuduh seorang yang boleh mengakses bilik berkenaan,” ujar Hakim Muhammad Jamil.

Pada 21 Februari tahun lalu, Ismahalil mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 374.6 gram di sebuah rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju di sini, pada 5.35 petang, 27 Ogos 2021.

 Pendakwaan mengikut Seksyen 39B(1)(A) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Sepanjang prosiding perbicaraan pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Dayana Mohamad manakala Ismahalil diwakili peguam Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar.

 

Loading...
Terkini