comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Cabul teman wanita, buruh dipenjara 7 bulan

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah mencabul kehormatan teman wanitanya.

Keputusan itu dibuat Majistret Noor Mazrinie Mahmood selepas tertuduh, Ahmad Ridhwan Abdullah Hazam, 31, seorang buruh binaan, mengaku bersalah terhadap pertuduhan berkenaan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa yang ketika kejadian berusia 25 tahun dengan maksud untuk mencabul kehormatannya.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Pantai Batu Buruk di sini, jam 2 pagi pada 16 April 2022.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara ke atas tertuduh bermula daripada tarikh dia ditangkap iaitu pada 24 Oktober 2023.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aisyah Mohamad manakala tertuduh diwakili peguam, Marlisa Marzuki.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini