comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Curi Dua Paket Milo Bernilai RM73, Suri Rumah Dihukum Penjara 14 Bulan

MARANG: Tak Serik! Begitulah situasi seorang suri rumah yang berdepan hukuman penjara 14 bulan.

Semuanya akibat tindakan tertuduh Suhaini Mohd, 42 tahun yang mencuri dua paket milo bernilai RM73 dari sebuah pasar raya di Daerah Marang pada 25 Mei lalu.

Ibu kepada empat orang anak itu juga seorang penagih dadah dan mempunyai tiga rekod jenayah iaitu mencuri barangan di pasar raya pada tahun 2019 dan 2021 lalu.

Suhaini membuat pengakuan bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda.

Tertuduh melakukan kesalahan itu pada pukul 11.20 pagi pada 25 Mei lalu.

Perbuatan mencuri itu dirakam menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di pasar raya itu.

Hukuman penjara ke atas tertuduh dilaksanakan dari tarikh tangkapan pada 6 Jun lalu.

Loading...
Terkini