comscore
Tumpuan :
Mahkamah

[VIDEO] Dua beradik mengaku tidak bersalah cederakan ibu kandung

 

PORT DICKSON: Dua beradik lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan mencederakan ibu mereka di sebuah rumah di Taman Pertama di sini, hujung bulan lalu.

Tertuduh dan adiknya didakwa dengan sengaja mencederakan ibu mereka kira-kira jam 9.28 malam, di sebuah rumah di Taman Pertama, 28 September lalu.

Foto: NSTP

Kedua-dua mereka didakwa melakukan kesalahan itu yang boleh dihukum mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 326A kanun sama dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Mahkamah menetapkan jaminan RM3,000 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin.

Sebutan semula kes pada 16 November ini.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Ezzati Mohd Zainal memohon mahkamah mengenakan ikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan minimum kerana tidak bekerja manakala seorang lagi memaklumkan masih bersekolah.

Loading...
Terkini