comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Filem Mentega Terbang, pengarah dan penerbit mengaku tidak bersalah

Pengarah Filem Mentega Terbang, Mohd Khairianwar Jailani hadir di Mahkamah Kuala Lumpur. – Foto: NSTP

KUALA LUMPUR: Pengarah dan penerbit filem Mentega Terbang yang dilarang tayang oleh kerajaan didakwa di Mahkamah Majistret berasingan hari ini kerana melukakan perasaan penganut agama lain.

Bagaimanapun, pengarah, Mohd Khairianwar Jailani dan penerbit, Tan Meng Kheng, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadap mereka masing-masing di hadapan Majistret, Noorelynna Hanim Abd Halim dan Aina Azahra Arifin.

Bulan lalu, kedua-duanya memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi bagi mencabar tindakan kerajaan mengharamkan filem berkenaan.

Penerbit Filem Mentega Terbang, Tan Meng Kheng hadir di Mahkamah Kuala Lumpur. – Foto: NSTP

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan filem itu pada 1 September tahun lalu, yang mana kedua-dua lelaki terbabit mendakwa ia satu tindakan tidak rasional yang melanggar kebebasan bersuara dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ditayangkan menerusi platform penstriman, filem berdurasi 104 minit itu mengisahkan ‘konflik keagamaan’ dihadapi seorang remaja beragama Islam bernama Aisyah, yang mempelajari agama lain terutama dalam mencari jawapan kepada persoalan hidup selepas mati.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mendapati filem itu secara jelas bertentangan dengan akidah dan cara kehidupan umat Islam di Malaysia yang beraliran Mazhab Syafie.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini