comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Ibu bapa Zayn Rayyan sedang jalani rawatan psikologi

Foto: NSTP

Oleh: Fahmi Tajuddin & Nurul Amalina Zainudin

PETALING JAYA: Peguam yang mewakili ibu kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin yakin ibu bapa mangsa sedang menjalani rawatan psikologi.

Mahmud Jumaat berkata pasangan suami isteri itu mendapat rawatan psikologi sejak awal kes penemuan mayat anak mereka.

“Depresi ini sudah berlaku sebelum kedua-dua mereka ditahan reman, memang jelas, mana-mana keluarga apabila kehilangan orang tersayang akan mengalami depresi.

“Saya percaya dari awal kes mereka sudah dapatkan rawatan, apatah lagi mereka mempunyai anak autisme seorang lagi iaitu Mateen,” katanya kepada pemberita dalam sidang media ringkas di Mahkamah Petaling Jaya, hari ini.

Pada Khamis, ibu bapa kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis, atas satu pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autism berusia enam tahun itu, pada Disember tahun lalu.

Pengakuan tidak bersalah itu dibuat di hadapan Hakim Dr Shahliza Warnoh pagi tadi.

Mereka dituduh di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak Kanak 2001 dan dibaca dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Loading...
Terkini