comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Jururawat mengaku tidak bersalah simpan 9 pasport warga asing

PONTIAN: Seorang jururawat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret dekat sini atas dakwaan menyimpan 9 pasport milik warga negara asing, bulan lalu.

Pengakuan itu dibuat tertuduh selepas pertuduhan dibacakan dihadapan hakim, Fatimah Zahari.

Mengikut fakta kes, tertuduh M.Sasikalah, 39, ditahan dalam Ops Serkap yang dijalankan oleh Jabatan Imigresen Johor, di sebuah rumah kedai, di Taman Ehsan Jaya, Johor Bahru.

Dalam serbuan itu seorang lelaki warga Pakistan dipercayai kekasih wanita berkenaan turut ditahan kira- kira jam 12.15 tengah malam, pada 26 September lalu.

Lelaki yang dikenali sebagai Zaheer Iqbal, 29, mengaku pasport miliknya disimpan oleh tertuduh di Klinik Kesihatan Ulu Tiram, Johor Bahru.

Hasil pemeriksaan di klinik terbabit telah menemukan 9 pasport yang dibungkus dalam plastik bewarna oren yang di simpan di dalam lorker peribadi tertuduh.

Justeru jururawat terbabit didakwa dibawah Seksyen 12 (1)(f) Akta Pasport 1966.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

Warga Pakistan itu turut didakwa di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan Akta Pasport 1966.

Mahkamah membenarkan Zaheer diikat jamin RM12,000 dengan dua penjamin warga negara Malaysia dan pasportnya diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah kemudian menetapkan 27 November depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa JIM, Nur Lina Athirah Abdul Rahim manakala tertuduh diwakili peguam, Mohamad Isa Mohamad Basir.

Loading...
Terkini