comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Kontraktor dituduh membunuh

FOTO: NSTP

PASIR PUTEH: Seorang kontraktor didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki di Kampung Saring, pada Ogos 2021.

Tertuduh, Tuan Mohd Ridzwan Tuan Mohamad, 34, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Izuddin Mohd Shukri.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Che Sobrie Che Ali, 37. Perbuatan itu dilakukan antara jam 9.30 malam hingga 10 malam di Kampung Saring pada 1 Ogos 2021.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Asma’a Che Omar dan tertuduh diwakili peguam, Wan Mohd Ikram Wan Ibrahim.

Mahkamah menetapkan 12 April sebagai tarikh sebutan semula kes.

Media sebelum ini melaporkan, mayat seorang lelaki ditemui dengan kesan kecederaan di kepala di hadapan sebuah rumah di Kampung Chengal Batu, Pasir Puteh.

Mayat lelaki berusia 36 tahun itu dijumpai dalam keadaan terlentang di kawasan itu jam 9.30 malam.

Loading...
Terkini