comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Media dihalang buat liputan kerana identiti saksi kritikal Najib akan didedah

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika hadiri prosiding di mahkamah.

KUALA LUMPUR: Media tidak dibenarkan membuat liputan prosiding permohonan Datuk Seri Najib Razak mendapatkan kebenaran semakan kehakiman mencabar kewujudan titah adendum atau tambahan Yang di-Pertuan Agong ke-16 supaya bekas Perdana Menteri itu menjalani hukuman di bawah tahanan rumah.

Prosiding itu berlangsung di Mahkamah Tinggi hari ini, bagi membolehkan peguam bela Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, memaklumkan identiti ‘saksi kritikal’ yang mengikrarkan afidavit bagi menyokong permohonan Najib.

Terdahulu ketika prosiding di hadapan Hakim Datuk Amarjeet Singh; Muhammad Shafee memohon supaya prosiding itu dijalankan secara dalam kamar, memandangkan ada isu sensitif.

“Semua dokumen sudah difailkan. Secara dalam kamar bermaksud ia boleh dibuat secara fizikal di mahkamah tetapi diisytiharkan dalam kamar.

“Saya diberitahu pihak responden (peguam kerajaan) menerima idea ini (prosiding dalam kamar) dengan mengambil kira kandungan afidavit permohonan itu yang dilihat sensitif,” katanya.

Amarjeet kemudiannya meminta semua orang di galeri awam termasuk wartawan untuk keluar dari mahkamah.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini