comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Najib tidak pernah tanya sumber transaksi dalam akaunnya

Bekas gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, hadir bagi sambung bicara kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. – FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Zeti Akhtar Aziz memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Seri Najib Razak tidak pernah bertanya dari mana sumber dana berjumlah RM2.6 bilion yang masuk dalam empat akaun Ambank miliknya.

Saksi pendakwaan ke-46 itu berkata demikian ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Kamal Bahrin Omar ketika sesi pemeriksaan utama dalam kes penyelewengan dana RM2.3 bilion milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dihadapi Najib.

Menurut Zeti yang bersara pada tahun 30 April 2016, Najib tidak pernah pada bila-bila masa membuat pertanyaan mengenai sumber transaksi dana itu kepada BNM.

Kamal Bahrin: Adakah Najib pada bila-bila masa bertanya mengenai sumber transaksi dalam empat akaunnya?

Zeti: Tidak

Kamal Bahrin: Terdapat RM2.6 bilion dalam akaun Najib sebelum pilihan raya umum ke-13. Adakah BNM atau anda mempunyai pengetahuan berhubung jumlah itu dalam akaunnya?

Zeti: Bank pusat dan saya pada masa itu tidak mempunyai pengetahuan tentang dana besar dalam akaun beliau.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, diiringi pegawai penjara hadir bagi sambung bicara kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. – FOTO: NSTP

Sementara itu, Zeti berkata Ambank gagal memaklumkan beberapa transaksi dana yang masuk ke dalam akaun peribadi Najib dan berdasarkan Sistem Transaski Antarabangsa (ITIS) menunjukkan bank itu melaporkan ia dimasukkan dalam akaun bank terbabit, walaupun sebenarnya ia dimasukkan dalam akaun Najib.

Kamal mengemukakan pertanyaan itu ketika merujuk saksi kepada artikel Malaysiakini bertarikh 2 Julai 2018 di mana Najib mendakwa bahawa Zeti sedar mengenai wang berjumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun AmIslamic miliknya, tetapi tidak menimbulkan sebarang persoalan.

Menurut Zeti, pada ketika itu BNM dimaklumkan terdapat hanya satu akaun yang ditetapkan sebagai ‘MY’ bagi akaun Sistem Pemantauan Operasi Ringgit (ROMS), bagaimanapun hanya mengetahui pada Disember 2014 bahawa Najib membuka tiga akaun lain pada 2013.

Saksi itu berkata, secara keseluruhan, BNM mengetahui Najib mempunyai empat akaun walaupun akaun pertama ditutup pada 30 Ogos 2013.

Dalam keterangan sebelum ini, Zeti berkata beliau dia tidak mengetahui sejumlah besar wang di dalam akaun Najib dan dia juga tidak tahu bahawa itu adalah dana 1MDB dan mengulangi kenyataanya hari ini.

Beliau menegaskan, mengikut undang-undang sekiranya BNM mendapat maklumat terdapat transaksi yang tidak teratur atau mencurigakan, ia perlu memaklumkan kepada agensi penguatkuasaan dan dalam kes ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta polis.

Katanya, BNM tidak dibenarkan memaklumkan perkara itu kepada pihak lain, termasuk pemegang akaun.

Loading...
Terkini