comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Norjuma ke mahkamah lagi, berdepan lima pertuduhan di empat Mahkamah Majistret

KUALA LUMPUR: Usahawan tudung, Norjuma Habib Mohamed didakwa di empat Mahkamah Majistret di sini hari ini atas lima pertuduhan iaitu mencederakan tiga individu dan melakukan khianat, tujuh tahun lalu.

Norjuma, 44, yang juga bekas personaliti televisyen mengaku tidak bersalah.

“Tidak (mengaku bersalah),” katanya ringkas.

Mengikut tiga pertuduhan mendatangkan kecederaan, Norjuma didakwa mencederakan seorang pengawal keselamatan lelaki warga Nepal, Neupane Tika Ram dengan menendangnya di bahagian betis kiri di sebuah pusat tuisyen di Brickfields di sini pada jam 3 petang, 29 Mac 2018.

Di satu lagi Mahkamah Majistret, Norjuma didakwa dengan sengaja mencederakan seorang lelaki, Mohd Afiq Ismail, 34, di sebuah premis perniagaan di Menara Atlan, Jalan Ampang, di sini pada jam 8.43 malam, 21 Februari 2017.

Norjuma juga didakwa menampar pipi dan mencakar tangan Nur Solehah Rosli, 31, di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini pada jam 10.30 pagi, 18 Oktober 2021.

Kesemua pertuduhan mendatangkan cedera, Norjuma didakwa mengikut Sesyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda tidak melebihi RM2,000 atau kedua-dua sekali.

Sementara itu Norjuma turut didakwa atas dua pertuduhan melakukan khianat dengan merosakkan palang keluar masuk dan kamera litar tertutup (CCTV) milik sebuah kondominium di lorong Ampang 2 Taman U-Thant, di sini pada jam 7.44 malam, 28 Julai 2023.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali.

Prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Harvind Raja Gopal, Hamizah Hisan dan Vivian Yeap Jie Xi manakala Norjuma diwakili peguam Izzat Amir.

Mahkamah menetapkan 27 Jun ini untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Mac 2022, Mahkamah Sesyen di sini mengeluarkan mengeluarkan waran tangkap terhadap Norjuma kerana menghina mahkamah.

Mac 2023, Mahkamah Tinggi George Town mengisytiharkan Norjuma bankrap selepas dia gagal melunaskan hutang RM260,400.00 kepada Syarikat Fame Up Entertainment.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini