comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Pemandu e-hailing mengaku cabul anak kandung

Oleh: Selwam Arjunan

BUTTERWORTH: Seorang pemandu e-hailing mengaku bersalah terhadap empat pertuduhan melakukan perbuatan amang seksual terhadap anak perempuan kandungnya, tahun lalu.

Tertuduh, berusia 63 tahun membuat pengakuan itu ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Noor Aini Yusof.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa melakukan amang seksual terhadap anak perempuan kandungnya yang ketika itu berusia 13 tahun.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Mukim 8 Tanah Liat, Bukit Mertajam antara bulan Mac dan Jun 2022.

Bagi pertuduhan ketiga dan keempat pula, tertuduh didakwa melakukan amang seksual terhadap mangsa sama di lokasi sama pada Mei 2022.

Warga emas itu didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16(2)(a) akta sama.

Seksyen 14 (a) membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, manakala Seksyen 16 (2) memperuntukkan kepada hukuman penjara maksimum lima tahun dan sebat tidak kurang dua sebatan, jika sabit kesalahan.

Tertuduh ketika diberi peluang oleh hakim, merayu supaya dia diberikan peluang kedua kerana telah insaf dengan kesalahan dilakukannya.

Hakim tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 27 September untuk fakta kes dan jatuh hukum.

Loading...
Terkini