comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Pemandu lori mengaku salah seleweng 1,450 liter diesel bersubsidi


JOHOR BAHRU: Pemandu lori didenda RM30,000 selepas mengaku bersalah menyeleweng diesel bersubsidi dengan memiliki  1,450 liter bahan mentah itu tanpa lesen, tahun lalu.

Pengakuan itu dibuat Orang Kena Saman (OKS), Moo Yit Lim, 32, di  hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim .

Dia didakwa memiliki barang kawalan yang juga barang berjadual iaitu minyak diesel sejumlah 1,450 liter dalam dua tong plastik putih, dalam kenderaan lori sehingga menimbulkan syak munasabah.

Kesalahan itu dilakukan di Jalan Setia 11/3, Taman Setia Indah di sini,  jam 8 malam 27 Julai 2022.

Bagi perbuatan itu OKS sudah melakukan kesalahan di bawah Peraturan 3 (1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974, iaitu berurusan dengan barang kawalan berjadual secara borong atau runcit tanpa lesen.

Tindakan itu adalah kesalahan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 22 (1) Akta yang sama.

OKS ditahan dalam serbuan PDRM pada hari kejadian dan selepas membuat pemeriksaan dua tong plastik yang mengandungi cecair disyaki diesel beranggaran 2,000 liter ditemui di belakang lori terbabit.

Hasil pemeriksaan badan ke atas OKS pula menemui kunci dan 22 resit pembelian minyak diesel dari pelbagai stesen minyak berjumlah RM4,300.

OKS gagal mengemukakan sebarang lesen atau permit untuk menyimpan dan berurusan dengan minyak diesel dan didapati telah mengubah suai lori dengan menyambung paip dari tangki utama kenderaan ke tangki bahan api tambahan.

Hakim memerintahkan lori dan baki jualan diesel 2,000 liter yang bernilai RM3,480 di dalam lori berkenaan dilucutkan hak kepada kerajaan Malaysia.

Loading...
Terkini