comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Pengurusan tertinggi Aman Palestin didakwa hari ini

FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Pengurusan tertinggi Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini.

Pertuduhan itu dijangka dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Pengerusi Eksekutif, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengarah syarikat, pada jam 9 pagi.

Baru-baru ini, badan bukan kerajaan (NGO) itu dilapor mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap SPRM berhubung pembekuan akaun pertubuhan itu bagi tujuan siasatan.

Peguam mewakili Aman Palestin, Muhammad Rafique Rashid Ali, dipetik berkata tindakan itu akan dilakukan selaras Seksyen 44A Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFAPUAA) 2001.

Seksyen berkenaan berkaitan pembatalan perintah membekukan harta atas permohonan orang dinamakan atau diperihalkan dalam perintah itu.

Pada November lalu, SPRM mengesahkan membeku sebanyak 41 akaun bank syarikat pertubuhan Aman Palestin bernilai RM15,868,762.

Pembekuan itu dilakukan selepas SPRM menjalankan siasatan terhadap dakwaan Aman Palestin menyalahgunakan wang sumbangan orang ramai.

Siasatan dikatakan dilaksanakan susulan pelaburan meragukan dibuat Aman Palestin, menggunakan dana sumbangan orang ramai.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini