comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Penolong pegawai perubatan didakwa dua tuduhan amang seksual anak saudara sendiri

JOHOR BAHRU: Seorang penolong pegawai perubatan sebuah hospital awam didakwa di Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap anak saudara perempuannya yang berusia 14 tahun.

Tertuduh mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Siti Noraida Sulaiman.

Tertuduh yang berusia 31 tahun didakwa melakukan perbuatan itu di kuarters sebuah hospital di bandaraya ini, kira-kira jam 1.20 pagi, pada 20 April lalu.

Dakwaan mengikut Seksyen 14 (a) (b) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farah Wahida Shahudin manakala tertuduh diwakili peguam, Abd Rahim Ali.

Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin serta perlu menyerahkan pasport antarabangsanya kepada mahkamah.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 22 November depan.

Loading...
Terkini