comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Prosiding Rayuan SRC Tidak Akan Ditangguh Lagi – Ketua Hakim Negara

Putrajaya:

“Kita kembali Selasa ini untuk uruskan perkara ini.”

Itu kata Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat sejurus pendengaran rayuan akhir Datuk Seri Najib Razak berakhir di Mahkamah Persekutuan di sini, sebentar tadi.

Ini berikutan peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili bekas Perdana Menteri itu memaklumkan dirinya tidak akan mengemukakan sebarang hujahan.

Tengku Maimun: Kita tangguh Selasa ini untuk prosiding ini.

Hisyam: Yang Arif, kami tidak akan mengemukakan sebarang hujahan.

Tengku Maimun: Secara bertulis jika tidak?

Hisyam: Tidak Yang Arif.

Tengku Maimun: Tidak mengapa kita lihat Selasa ini.

Hisyam: Boleh saya mohon keizinan untuk dikecualikan kehadiran memandangkan saya mempunyai hal lain?

Tengku Maimun: Seperti saya katakan sebelum ini berkali-kali, kita tidak akan menangguhkan lagi kes ini.

Kes akan disambung Selasa ini. Anda diberi masa Sabtu, Ahad dan Isnin, tiga hari untuk berbuat apa-apa.

Tidak mengapa tidak boleh bertulis, boleh buat secara lisan.

Jangan anda katakan tidak bersedia untuk mengemukakan hujahan mengenai 94 alasan dalam petisyen rayuan anda.

Hisyam: Tetapi saya tidak akan mengemukakan apa-apa.

Tengku Maimun: Secara bertulis juga tidak?

Hisyam: Tidak.

Tengku Maimun: Awak bebas untuk menentukannya.

Terdahulu, Mahkamah Persekutuan sekali lagi tidak membenarkan permohonan Hisyam untuk menangguhkan prosiding rayuan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman yang dikenakan terhadap Najib.Ia dimohon sekali lagi oleh Hisyam selepas Timbalan Pendakwa Raya Kanak Datuk V Sithambaram selesai berhujah mengenai penangguhan bagi membantu mahkamah hari ini.

Loading...
Terkini