comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Remaja mengaku terlibat aktiviti persundalan

Remaja yang terlibat aktiviti persundalan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Pilah. – FOTO: NSTP

KUALA PILAH: Seorang remaja mengaku terlibat aktiviti persundalan di sebuah bilik hotel di Gemas pada 3 Mei lalu.

Tertuduh Dhiya Khairunnisa Muhammad Khalid, 19, dari Kuala Krai, Kelantan mengaku melakukan perbuatan itu apabila mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dihadapinya.

Mengikut pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majisret Saiful Sayoti di Mahkamah Majistret di sini hari ini tertuduh didapati mencari pelanggan bagi maksud persundalan.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh di sebuah bilik hotel di Gemas pada jam 2.30 petang 3 Mei lalu.

Oleh yang demikian tertuduh melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara tidak lebih satu tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mahkamah menetapkan 13 Jun ini bagi sebutan laporan sosial serta membenarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis berdekatan sebulan sekali.

Tertuduh dalam rayuannya turut memohon jaminan yang rendah berikutan tiada wang disebabkan tidak bekerja.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amirul Noor Hashimi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini