comscore
Tumpuan :
Mahkamah

[VIDEO] Reman suspek kes bunuh, bakar teman wanita disambung  

 

Oleh: Khairul Rizuan Azizan

KUALA SELANGOR: Tempoh reman ke atas suspek berusia 20 tahun bagi membantu siasatan kes wanita hamil dibunuh dan dibakar  di kebun kelapa sawit Kampung Sungai Limau, Sungai Besar disambung sehingga Jumaat ini.

Perintah lanjutan reman itu dikeluarkan Majistret Siti Hajar Ali selepas membenarkan permohonan pihak polis bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, suspek  dibawa polis ke Mahkamah Majistret Kuala Selangor jam 8:10 pagi.

Suspek sebelum ini direman enam hari  yang berakhir hari ini.

Lelaki berkenaan ditahan bagi membantu siasatan kes wanita hamil empat bulan dipercayai kekasihnya, yang mayatnya ditemui dalam keadaan terbakar di kawasan belukar kebun kelapa sawit Jalan Sungai Limau di sini, 23 Mei lalu.

Pembunuhan dipercayai berpunca daripada suspek yang mahu merahsiakan kehamilan selepas melakukan hubungan sulit dengan mangsa berusia 21 tahun.

 

Loading...
Terkini