comscore
Tumpuan :
Kes

[VIDEO] SPRM tahan reman bekas Timbalan Pendaftar Mahkamah

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang bekas Timbalan Pendaftar Mahkamah kerana disyaki bersubahat meminta wang suapan berjumlah kira-kira RM2 juta bagi membantu menyelesaikan kes siasatan SPRM terhadap seorang ahli perniagaan yang telah dituduh berkaitan projek Jana Wibawa.

Sumber berkata, suspek lelaki berusia dalam lingkungan 50-an dipercayai meminta suapan itu sebagai balasan antaranya untuk meminta pihak SPRM menukar keterangan tertuduh kepada saksi dan menukar pertuduhan rasuah kepada pertuduhan alternatif.

Menurut sumber itu, suspek dipercayai ditahan kira-kira jam 9.30 malam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kuala Lumpur, semalam.

Suspek sebelum ini pernah bertugas sebagai Timbalan Pendaftar Mahkamah di Putrajaya sebelum bersara pada Disember 2021.

Perintah reman selama tiga hari bermula hari ini hingga 20 Mac 2023 dikeluarkan oleh Majistret Puan Irza Zulaikha Rohanuddin di Mahkamah Majistret Putrajaya selepas pihak SPRM membuat permohonan tersebut pagi tadi.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Razaliah Ab Rahman ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.

Loading...
Terkini