comscore
Tumpuan :
Kes

[VIDEO] SPRM tahan seorang penjawat awam dan pemilik syarikat terlibat rasuah

 

KEMAMAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang Ketua Pembantu Tadbir Kanan di sebuah agensi Kerajaan Tempatan Negeri Terengganu dan seorang pemilik syarikat dipercayai terlibat rasuah.

Suspek yang juga penjawat awam itu disyaki menerima rasuah berupa sebuah kenderaan bernilai lebih RM50,000 daripada pemilik syarikat sebagai balasan memastikan kerja-kerja pembekalan di agensi kerajaan diperolehi oleh syarikat tersebut.

Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Kemaman pagi tadi bagi mendapatkan perintah reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatatcara Jenayah.

Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Shariffuddin telah mengeluarkan perintah reman selama tujuh hari ke atas suspek bermula hari ini sehingga Isnin depan.

Kedua-dua suspek itu ditahan ketika hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM Kemaman jam 3.00 petang semalam.

Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Abd Yazid ketika dihubungi mengesahkan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Loading...
Terkini