comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Suspek cekik adik, direman 7 hari

Foto: NSTP

MELAKA: Remaja lelaki yang dipercayai mencekik adiknya hingga menyebabkan kematian ditahan reman tujuh hari mulai hari ini hingga 12 Julai.

Artikel berkaitan: Adik maut dipercayai dicekik abangnya

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Nurul Asyikin Rosli di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, mengikut peruntukan Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Remaja berusia 14 tahun yang belajar di sebuah di Alor Gajah itu dibawa ke Kompleks Mahkamah Melaka, di sini, pada 9.01 pagi dengan berpakaian reman berwarna ungu.

Polis menjalankan siasatan kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Artikel berkaitan: Suspek cekik adik, pernah menyerang ibu bapa

Terdahulu, pihak media tidak dibenarkan merakam gambar suspek atas arahan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka.

Semalam media melaporkan kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut itu dipercayai dicekik oleh abangnya di rumah mereka di Kampung Bukit Piatu, di sini, kira-kira 12 tengah hari semalam.

Loading...
Terkini