comscore
Tumpuan :
Jenayah

Lima lelaki direman bantu siasatan bunuh warga emas

Oleh: Zahir Senapiah

JOHOR BAHRU: Lima lelaki direman tujuh hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan kes bunuh seorang warga emas, di Masai, pagi semalam.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret, Suhaili Sapuan terhadap semua suspek berumur diantara 35 hingga 48 tahun.

Mereka disyaki membunuh C.Thevadasan, 61 tahun pagi semalam.

Kes disiasat dibawah seksyen 302 kanun keseksaan.

Mayat mangsa ditemui di tepi jalan di taman Rinting, Masai dengan kesan tetakan di beberapa bahagian di tubuhnya kira-kira jam 10.50 pagi.

Siasatan awal polis mendapati kesemua suspek mempunyai pelbagai rekod lampau berkaitan kesalahan dadah dan jenayah.

Polis turut merampas beberapa barang milik mangsa di lokasi kejadian.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini