comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Tommy Thomas Saman Pasukan Petugas Khas

KUALA LUMPUR: Bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas hari ini memfailkan saman pemula terhadap kerajaan dengan memohon perisytiharan bahawa laporan bertajuk ‘Laporan Pasukan Petugas Khas – Siasatan Ke Atas Dakwaan-Dakwaan Dalam Buku Bertajuk “My Story: Justice In The Wilderness’ adalah dokumen tidak sah dan bertentangan undang-undang.

Tommy yang memfailkan saman itu hari ini melalui firma guaman Tetuan Tommy Thomas, menamakan pengerusi dan ahli Pasukan Petugas Khas terbabit serta Kerajaan Malaysia selaku defendan.

Mereka adalah Pengerusi Datuk Seri JC Fong dan ahlinya Datuk Seri Hashim Paijan, Datuk Dr Junaidah Kamarruddin, Datuk Jagjit Singh Bant Singh, Datuk Shaharudin Ali, K Balaguru, Farah Adura Hamidi, dan Najib Suri.

Beliau turut memohon perisytiharan bahawa Pasukan Petugas Khas adalah badan tidak sah dan tidak mempunyai kuasa undang-undang untuk melaksanakan fungsi yang diberikan oleh kerajaan.

Selain itu, turut dipohon adalah perisytiharan bahawa penerbitan laporan itu oleh kerajaan melanggar hak beliau seperti yang dilindungi oleh Perkara 5(1) (kebebasan asasi ) dan 13(1) perlembagaan persekutuan.

Loading...
Terkini